Sue
Mobile Fair
by
on 09-02-2011 at 05:43 AM (4334 Views)
Pada 20/8/2010 saya membeli handphone yg berjenama iPhone 32GB dari Syarikat Kok Mobiland yang meyertai "MOBILE FAIR" yg diadakan di hadapan Tesco Ipoh. Setelah selama dua hari saya menggunakan telephone itu saya dapati telephone itu tidak lagi berfungsi kerana ianya terpadam dengan sendiri dan tidak boled dicaskan lagi. Justeru itu, selepas saya pulang dari lawatan saya ke Singapura saya terus membawa hanphone saya ke Sun Yi Telecommunication Trading Giant, Tambun untuk membaiki/membuat aduan berkenaan masalah handphone saya seperti yang dijanjikan oleh Jurujual yang berbangsa Cina tempoh hari. Selepas saya menghantar handphone saya ke kedai berkenaan saya dimaklumkan oleh seorang jurujual yang berbangsa melayu yang handphone saya akan dihantar ke Kuala Lumpur untuk diperbaiki pada 26/8/2010. Saya juga dimaklumkan oleh jurujual tersebut yand beliau akan menghubungi saya apabila handphone saya telah siap diperbaiki, namun setelah lebih lima kali saya cuba untuk bertanyakan handphone saya kepada jurujual tersebut masih memberi jawapan yang sama iaitu "saya akan menghubungi cik jika handphone siap". Saya amat berdukacita kerana setelah enam (6) bulan menunggu saya masih mendapat jawapan yang sama. Saya amat berharap laman pengguna ini dapat membantu saya untuk mencari jalan penyelesaian bai masalah yang saya hadapi. Saya juga pasti yang ramai lagi pengguna diluar sana tertipu dengan pembelian handphone dari "MOBILE FAIR" yang selalu diadakan sekitar bandar-bandar terkenal di Malaysia.
Sue - 0125079495



Email Complaint Entry
